Laman Utama

Didik anak hebat bersama MARTAH

Menyediakan sistem sokongan kepada ibu/bapa bekerja dengan persekitaran pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan integrasi sistem KAFA.

Mengapa harus memilih MARTAH

Memilih MARTAH bermakna memilih persekitaran pendidikan yang memberi perhatian kepada perkembangan anak secara menyeluruh. Kami menggabungkan pendidikan, pembentukan akhlak dan pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam suasana yang selamat dan kondusif, agar setiap anak dapat berkembang dengan yakin, berdisiplin dan mempunyai asas yang kukuh untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Kelas Kafa Fardhu Ain

Maklumat Perkhidmatan

01

K E M A S U K A N 

Umur Kemasukan

Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun (Darjah 1 hingga Darjah 6) yang ingin mengikuti pembelajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Cyberjaya

02

P E N D I D I K A N 

Merangkumi UPKK & PSRA ​

Program KAFA turut merangkumi UPKK dan PSRA bagi menyokong perkembangan akademik dan penguasaan ilmu Islam pelajar.

03

P E N J A G A A N

Waktu Pembelajaran

04

Y U R A N

Yuran Pembelajaran

Yuran pembelajaran ditawarkan mengikut program dan kemudahan yang dipilih, dengan pilihan yang sesuai untuk keperluan anak-anak.

PENGIKTIRAFAN & PERAKUAN

“MARTAH komited dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan berteraskan nilai-nilai Islam, dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi, pembentukan sahsiah serta penguasaan ilmu bagi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berkeyakinan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.”

Keunikan program KAFA

Program KAFA MARTAH dirangka secara menyeluruh bagi menyokong perkembangan akademik, penguasaan ilmu Islam serta pembentukan sahsiah pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang tersusun, seimbang dan berkesan.

📖

Teknik Hafazan Bersistem

Menggunakan teknik pembelajaran Al-Quran dan hafazan secara tersusun dan bersistem.
👩‍🏫

Nisbah Guru Pelajar Efektif

Bilangan pelajar dihadkan kepada 20 orang dalam satu-satu kelas.
📚

Sukatan Pelajaran Terkini

Kandungan pembelajaran disusun mengikut keperluan dan perkembangan semasa pelajar.
🌱

Pembentukan Sahsiah

Memberi penekanan kepada pembentukan sikap, akhlak dan sahsiah pelajar.
🧠

Perkembangan Menyeluruh

Menggalakkan perkembangan akademik, kemahiran dan potensi pelajar secara seimbang.

PERKHIDMATAN LAIN

  bKami menyediakan pelbagai pilihan perkhidmatan yang lengkap dan fleksibel bagi memenuhi keperluan pembelajaran serta keselesaan anak anda

Transit

Ruang rehat yang selesa dan selamat untuk anak-anak sebelum atau selepas sesi persekolahan.

Bagi ibu-bapa yang tidak sempat menguruskan anak-anak, pihak sekolah menyediakan tempat bagi pelajar berehat, makan tengahari, mandi, menyalin pakaian dan bersiap-siap ke kelas seterusnya di sebelah petang.

Pengangkutan

Perkhidmatan bas/van sekolah yang selamat dan tepat pada masa untuk kemudahan pelajar.

Pihak sekolah menyediakan pengurusan kenderaan bagi pelajar pergi atau pulang ke/daripada Sekolah Kebangsaan. Penghantaran pelajar dengan van sekolah terhad kepada 80 orang pelajar sahaja. Sekiranya kuota telah penuh, ibu-bapa boleh berhubung terus dengan penyedia perkhidmatan kenderaan lain. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran atau pengambilan pelajar ke/dari rumah memandangkan masa yang amat terhad.

Intensif Al Quran

Bimbingan khas bacaan dan hafazan secara terperinci untuk mempercepatkan penguasaan pelajar.

Guru akan menyediakan bimbingan tambahan membaca Al-Quran secara individu sebanyak 2 kali seminggu, menggunakan mushaf Al-Quran bagi pelajar yang telah membaca Al-Quran atau kitab talaqqi asas bagi pelajar yang masih belajar mengenal dan menyebut huruf. Bimbingan merangkumi pembetulan sebutan, hukum tajwid serta kelancaran bacaan, dengan prestasi pelajar direkodkan untuk rujukan ibu bapa.

LANGKAH MUDAH ke MARTAH

Proses pendaftaran yang mudah dan tersusun untuk membantu ibu bapa menyediakan perjalanan pendidikan terbaik untuk anak

L A N G K A H   01

Pilih Pakej & Kira Jumlah

Dapatkan maklumat perkhidmatan termasuk pakej dan struktur yuran sesi 2025 di

L A N G K A H   02

Pilih Pakej & Kira Jumlah

Klik “Daftar” untuk melengkapkan pendaftaran. Invois akan dihantar ke e-mel. 

L A N G K A H   03

Temu Janji & Lawatan

Pilih salah satu tarikh untuk mendengar sesi penerangan online.

L A N G K A H   04

Hari Terbuka

Sertai Hari Terbuka pada 29/11 atau set temujanji untuk tinjau premis sekolah pada tarikh lain.

L A N G K A H   05

Bayar Yuran Sepenuhnya

Yuran penuh tahunan (sebelum 5/12/2026)

 

Yuran bulan perama (selewatnya 7/1/2027)

Perlukan bantuan untuk mendaftar ?

Guru Besar Ustazah Nadia (018-380 4005)

Scroll to Top